Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pembinaan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pembinaan

Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 2 JUN 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak terhadap setiap rantai sektor pembinaan (kontraktor, pemaju, pembekal sehingga pekerja asing, juru perunding dan khidmat profesional). Situasi Pandemik Covid-19 yang melanda negara ini memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan jangkaan untuk ekonomi negara kembali pulih.

Satu Standard Operating Procedure (SOP) Industri Pembinaan telah dikeluarkan Kementerian Kerja Raya pada 8 Mac 2020 sebagai panduan sepanjang pelaksanaan PKP. Usaha diteruskan dengan satu Sesi Libat Urus bersama Pemain Industri Pembinaan yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato Sri Haji Fadillah Yusof di Kementerian Kerja Raya.

Tujuan sesi libat urus kali ini adalah mendapatkan input dan maklumbalas situasi industri pembinaan akibat daripada impak COVID-19 dan mendapatkan makluman mengenai cabaran halangan yang sedang dihadapi oleh pemain industri ketika ini.

Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan keperluan, cadangan atau inisiatif daripada pemain industri untuk merancakkan aktiviti-aktiviti dalam industri pembinaan pasca COVID-19. Turut dibincangkan ialah pengumpulan input dan cadangan berkaitan dengan Rang Undang – Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8