Cabutan Undi Kerja-Kerja Elektrik | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Cabutan Undi Kerja-Kerja Elektrik

Cabutan Undi Kerja-Kerja Elektrik

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2020 – Majlis Cabutan Undi Kerja-kerja Elektrik telah diadakan di Kompleks Kerja Raya yang turut disiarkan secara langsung dalam talian Facebook rasmi JKR Selangor yang diurusetiakan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor.

Terdapat dua Sesi undian, iaitu Sesi 1: Lampu Isyarat / Lampu Jalan dan Sesi 2: Selenggaraan Elektrik Bangunan. Untuk sesi pertama, sebanyak tiga projek dibuka untuk undian dengan 15 syarikat kontraktor simpanan. Manakala untuk sesi kedua, sebanyak dua projek ditawarkan dengan lima syarikat kontraktor simpanan.

Majlis cabutan kerja undi ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh yang turut melakukan proses cabutan undian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9