PLUS BINA LEBUH RAYA BERTOL PERTAMA DI INDONESIA
Purwakarta, 8 Disember- Plus Expressways Bhd. (PLUS) akan membina lebuh raya bertol pertama di Indonesia setelah lima tahun menanti. Menjelang tahun 2014,
Lebuh Raya Cikampek - Palimanan di Jawa Barat sejauh 116 kilometer akan memenuhi keperluan sistem pengangkutan darat republik itu dan direalisasi dengan rakan kongsi tempatan. Lebuh Raya Cikampek - Palimanan merupakan sebahagian daripada laluan penting di Lebuh Raya Trans Jawa iaitu koridor perhubungan darat di Kepulauan Jawa. Perolehan tender membina Lebuh Raya Cikampek - Palimanan bernilai RM 4.6 bilion itu diperoleh oleh PT Lintas Marga Sedaya (LMS) iaitu syarikat gabungan antara PLUS dengan rakan kongsi tempatan PT.Bashakara Utama Sedaya (BUS).
Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Cikampek - Palimanan, dua lorong setiap hala akan dimulakan pada bulan Mac tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh masa 30 bulan.
Upacara pecah tanah pembinaan lebuh raya ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor dan rakan sejawatannya, Djoko Kirmanto di Indonesia.
- Log in to post comments