INSTITUT KANSER NEGARA DIJANGKA SIAP 2013 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

INSTITUT KANSER NEGARA DIJANGKA SIAP 2013

Image removed.Putrajaya, 5 Januari – YB. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengadakan lawatan ke Tapak Pembinaan Projek Institut Kanser Negara bertempat di Putrajaya bersama Menteri Kesihatan, YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai.

Projek ini merangkumi pembinaan satu (1) blok bangunan hospital utama yang menempatkan 252 katil pesakit termasuk empat (4) tingkat podium, dua (2) tingkat besmen dan tujuh (7) tingkat blok wad. Pembinaan telah dimulakan pada 1 September 2010 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2013.

Semasa bercakap kepada pemberita, YB. Menteri menjelaskan peruntukan rolling plan pertama RMke - 10 KKR, sebanyak 300 buah projek telah diluluskan dengan siling sebanyak RM5.83 bilion. Projek ini merangkumi 233 projek sambungan dari RMke - 9 dan 67 lagi projek baru.

Turut hadir di majlis tersebut adalah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Y.Bhg. Datuk Kamarul Zaman bin Md Isa dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua kementerian.

 

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK