Ruang Bicara BERNAMA TV - Cabaran Mendepani Normal Baharu Kluster Infrastruktur
Ruang Bicara BERNAMA TV - Cabaran Mendepani Normal Baharu Kluster Infrastruktur
KUALA LUMPUR, 5 MEI 2020 – Penularan jangkitan COVID-19 telah memberikan kesan terhadap industri pembinaan negara. Pandemik ini juga merupakan satu cabaran kepada penggiat industri pembinaan untuk meneruskan projek pembinaan. Justeru, pematuhan terhadap amalan terbaik Prosedur Operasi Standard (SOP) mampu menghalang penularan wabak COVID-19 di tapak pembinaan dan mampu memangkin pembangunan ekonomi negara.
Penggiat industri pembinaan mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan semua SOP berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi bagi menjamin keselamatan pekerja dan mengelak di tapak pembinaan serta kawasan persekitarannya. Perkara ini ditegaskan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof sewaktu menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara Bernama TV yang bertajuk Cabaran Mendepani Normal Baharu Kluster Infrastruktur yang disiarkan jam 9 malam.
Industri pembinaan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara yang mencatatkan purata nilai projek sebanyak RM140 billion setahun. Ia juga mempunyai nilai gandaan (multiplier effect) sebanyak 2 kali ganda.
- Log in to post comments