LAWATAN KE TAPAK PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM OLEH YB MENTERI KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

LAWATAN KE TAPAK PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM OLEH YB MENTERI KERJA RAYA

Image removed.Shah Alam, 16 Februari – Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Hospital Shah Alam bagi membuat rundingan dengan kontraktor serta meninjau permasalahan di sekitar tapak pembinaan. Bagi tujuan ini, kementerian mengambil langkah dengan meletakkan pasukan khas supaya memudahkan dan membantu kontraktor projek pembinaan berurusan dengan pihak JKR terutama bagi masalah yang memerlukan keputusan segera supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.

YB Menteri menegaskan, kementerian akan memberi keutamaan kepada projek berimpak tinggi seperti hospital dan sekolah serta memantau projek berkenaan supaya siap mengikut jadual dan membantu kontraktor yang menghadapi masalah ketika menyiapkan projek berkenaan. Pasukan khas yang dihantar juga adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan.

Menurut beliau lagi, hospital yang bernilai RM410 juta itu dijangka akan siap sepenuhnya pada Oktober 2013 ini bakal mengatasi masalah kesesakan dan kekurangan katil di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Turut hadir bersama ke tapak projek adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Noor bin Yaacob, serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

 

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK