Majlis Pelancaran Skim Perantisan Nasional 2020 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Majlis Pelancaran Skim Perantisan Nasional 2020

PUTRAJAYA, 22 Julai 2020 - Majlis Pelancaran Skim Perantisan Nasional 2020 telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadilah Haji Yusof, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, dan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara KBS ini merupakan inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian pasca penularan COVID19 yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kerja Raya. Ia bertujuan menyediakan peluang pengalaman pekerjaan kepada belia dengan jaminan pekerjaan disamping meningkatkan kemahiran soft-skills para perantis melalui latihan serta on-the-job training yang disediakan. Program yang berkonsepkan “place and train” dengan jaminan pekerjaan ini menyediakan lebih 10 ribu peluang pengalaman pekerjaan kepada belia sebagai perantis di pelbagai syarikat dan organisasi yang bersama-sama dalam usaha ini.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5