13 Pakar Bidang Khusus JKR menerima watikah Kenaikan Pangkat daripada KPPA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

13 Pakar Bidang Khusus JKR menerima watikah Kenaikan Pangkat daripada KPPA

13 Pakar Bidang Khusus JKR menerima watikah Kenaikan Pangkat daripada KPPA

ALOR GAJAH, MELAKA, 29 JULAI 2020 - Segala perancangan dan dasar sesebuah organisasi tidak mampu direalisasikan tanpa sumber manusianya. Peningkatan keupayaan dan potensi mereka, khususnya dalam bidang khusus perlu diberi keutamaan.

Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) Jabatan Kerja Raya (JKR). Usaha mengiktiraf Program Pakar Bidang Khusus atau SME di Kementerian ini oleh JPA telah bermula sejak tahun 2016.

Seramai 13 Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) JKR telah menerima watikah setelah diperakukan oleh Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 6 Tahun 2020.

Penyampaian watikah ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang dilangsungkan bertempat di Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Alor Gajah, Melaka. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12