Anugerah Pengurusan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Anugerah Pengurusan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan

TEMERLOH, 7 OGOS 2020 - Majlis Anugerah Pengurusan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Terbaik bagi Tahun 2019 telah berlangsung di Lobi Utama, Bangunan Persekutuan Temerloh, Pahang.  Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd.

Anugerah utama diterima Bangunan Persekutuan Temerloh dengan konsesinya, Building Lindungan Sdn. Bhd.  Pemenang tempat kedua ialah Bangunan Sultan Iskandar, Sarawak - Konsesi : Ambang Wira Sdn. Bhd., tempat ketiga Bangunan Tun Datuk Patinggi Haji Bujang, Sarawak - Konsesi :Ambang Wira Sdn. Bhd., tempat keempat Wisma Persekutuan Johor Bahru, Johor - Konsesi : Ambang Wira Sdn. Bhd. dan tempat kelima Wisma Persekutuan Seremban, Negeri Sembilan - Konsesi : Ambang Wira Sdn. Bhd.

Anugerah ini diadakan bagi menghargai usaha untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan berada dalam tahap terbaik dan mewujudkan persaingan sihat di kalangan Pejabat Urus Bangunan dan Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuaan. 

Bangunan Gunasama Persekutuan adalah milikan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kerja Raya diberi tanggungjawab untuk mengawalselia, memantau dan memastikan penyenggaraannya dilaksanakan menepati perjanjian penswastaan yang mula digunapakai semenjak 22 tahun lalu dan dilaksanakan secara berperingkat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5