Lawatan Kerja KSU ke Melaka | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Lawatan Kerja KSU ke Melaka

MELAKA, 18 OGOS 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan mengadakan lawatan kerja beliau selama dua hari ke Negeri Melaka. Lawatan kerja dimulakan dengan mengadakan perjumpaan bersama warga kerja Jabatan Kerja Raya Melaka dan beliau disambut Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka, YBhg. Datuk Ir. Ismail Abdul Rahman serta warga kerja Jabatan Kerja Raya Melaka. Seterusnya YBhg. Dato' KSU dibawa melawat ke lokasi Kerja Penyenggaraan Pre Prihatin 2020 Jalan Persekutuan FT005 - Jalan Melaka hingga Lubok Cina serta projek baru Hatten City ke Semabok.

Lawatan kerja diteruskan ke Menara Persekutuan Melaka bagi meninjau tahap penyenggaraan dan pengurusan Bangunan Gunasama Persekutuan yang diterajui oleh Ambang Wira Sdn. Bhd.

Agenda terakhir adalah lawatan kerja ke Ibu Pejabat Operasi Selia Senggara Selatan Sdn. Bhd. di Ayer Keroh pada hari kedua. YBhg. Dato' KSU diberi taklimat berkenaan syarikat dan kemudiannya dibawa melihat beberapa aset milik Selia Group yang digunapakai dalam kerja-kerja penyenggaraan jalan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6