Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang KKR 2020 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang KKR 2020

KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2020 – Warga Kerja Raya diseru untuk menyelami dan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai tanda patriotisma kepada Negara. Perkara ini disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kerja Raya 2020.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid ini turut menyiarkan lintas langsung ucapan pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis turut disemarakkan dengan nyanyian beberapa lagu patriotik oleh Kumpulan Koir D'Choralist, disusuli deklamasi sajak oleh Puan Magdelene Anak Japet diiringi muzik instrumental oleh Encik Mohd Asra Abdul Jabar. Majlis diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua agensi.

Hadir sama ke majlis ini ialah YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan KKR, YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan KKR, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Ybhg. Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6