Sesi Libat Urus Penggiat Industri Pembinaan Bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya Dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Sesi Libat Urus Penggiat Industri Pembinaan Bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya Dan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2020 - Satu sesi Libat Urus Penggiat Industri Pembinaan bersama YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah diadakan di Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Tujuan sesi libat urus kali ini adalah untuk mendapatkan pandangan, cadangan dan maklumbalas mengenai impak Pandemik COVID-19 terhadap industri pembinaan. Pada suku pertama tahun 2020, telah berlaku penurunan sebanyak 4.5% sumbangan sektor pembinaan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Pada suku tahun kedua, sumbangan sektor ini telah menyusut kepada 3.1%.

Hasil daripada sesi libat urus ini akan dijadikan input oleh Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) untuk perhatian dan pertimbangan selanjutnya.

Industri pembinaan Malaysia turut mengalami kerugian bernilai RM11.6 billion pada fasa pertama dan fasa kedua semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac hingga 14 April 2020.  Namun begitu, nilai kerugian ini menurun kepada RM6.9 bilion setelah 13 sub sektor industri pembinaan dibuka pada 15 April 2020.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8