Lawatan Kerja ke Projek Pembinaan Kemudahan SUKMA 2014 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Lawatan Kerja ke Projek Pembinaan Kemudahan SUKMA 2014

PERLIS, 20 Februari –YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis, hari ini.  Dalam lawatan kerja tersebut, Datuk Fadillah telah meninjau projek-projek pembinaan kemudahan SUKMA 2014 di Kompleks Sukan Negeri Perlis.

Antara projek yang dilawati beliau ialah projek menaiktaraf Stadium Utama Kangar, Gelanggang Tenis, Padang Hoki, Kelab Golf Putra dan Infrastruktur Kolam Renang.  Manakala Bangunan Baru Gelanggang Squash, Bangunan Lapang Sasar Menembak dan Tangki Air Menara masih lagi dalam fasa pembinaan. Datuk Fadillah juga turut melawat ke Projek Menaiktaraf Jambatan Syed Putra di Kuala Perlis dan mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Tuan Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis di Pejabat Menteri Besar Perlis,

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSUKKR), YBrs. En. Zainudin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) [TKSU(P)] dan YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6