Program Khidmat Masyarakat KKR di Kampung Tok Kepak | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Program Khidmat Masyarakat KKR di Kampung Tok Kepak

JERLUN, 21 Februari – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah menghadiri Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat Masjid Al-Huda Kampung Tok Kepak ,di sini. 

Program ini merupakan anjuran bersama oleh Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah yang disertai oleh 300 orang Kontraktor Bumiputera.  Aktiviti utama program ini ialah taklimat berkenaan asas-asas pengecatan bangunan oleh Syarikat Bina Paint Marketing Sdn. Bhd dan disusuli dengan latihan praktikal mengecat masjid yang dirasmikan oleh Datuk Fadillah. 

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSUKKR), YBrs. En. Zainudin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)  [TKSU(P)] dan YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya(KPKR).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6