Lawatan Kerja ke Projek Pembinaan dan Naiktaraf Jalan di Kedah | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Lawatan Kerja ke Projek Pembinaan dan Naiktaraf Jalan di Kedah

KEDAH, 21 Februari - Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke projek pembinaan dan naiktaraf jalan hari ini.  Datuk Fadillah turut mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.

Antara projek yang dilawati Datuk Fadillah adalah Jalan Baru Lencongan Timur dari Persimpangan Jalan Tun Razak (Fasa 1), Jalan Baru Lencongan Timur dari Persimpangan Alor Mengkudu ke Persimpangan Jalan Tun Razak (Fasa 2A) serta projek membaik pulih dan menaiktaraf Jalan Alor-Setar-Kuala Nerang-Durian Burung.

Apabila projek ini siap kelak, ia akan melancarkan lagi pergerakan trafik dari selatan ke kawasan pertumbuhan pembangunan baru di Pokok Sena dan Durian Burong di sempadan Thailand.  Ia juga bakal menjadi jalan pintas dan memberi akses menyeluruh di sebelah Timur Bandaraya Alor Setar.  Ia juga akan memberi impak kepada pergerakan trafik yang lebih lancar memandangkan jalan yang sedia berdekatan dengan Jalan Langgar telah mencapai LOSE-F pada waktu puncak dan membuka koridor baru untuk pertumbuhan pembangunan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6