Lawatan Kerja Naiktaraf Hospital Kuala Lumpur | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Lawatan Kerja Naiktaraf Hospital Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 10 Februari – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.  Antara kawasan yang ditinjau ialah projek pembinaan Parkir Kereta Bertingkat, menaiktaraf wad dan lanskap hospital tersebut.

Beliau telah diberi taklimat mengenai perlaksanaan projek tersebut di perkarangan HKL.  Pada masa yang sama juga, beliau turut menekankan supaya pihak kontraktor mengutamakan keselamatan pesakit yang berada di hospital tersebut dan menyiapkan projek naiktaraf tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6