Sesi Libat Urus Prestasi Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo - Sarikei Ke Bintulu
Sesi Libat Urus Prestasi Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo - Sarikei Ke Bintulu
SIBU, 10 SEPTEMBER 2021 - Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan satu Sesi Libat Urus bersama Kontraktor Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Zon Tengah di Sibu, Sarawak pada malam ini.
Para kontraktor terlibat antara lain membangkitkan isu dan kekangan yang dihadapi berikutan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk isu pekerja dan harga bahan mentah. Turut dibincangkan isu TMP (traffic management plan) dan aspek keselamatan supaya ia dapat dipertingkatkan untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.
Susulan daripada sesi libat urus ini, satu pemantauan turun padang akan diadakan pada keesokan hari untuk meninjau Pakej Kerja Pembinaan (WPC) 06 - Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor, WPC 07 - Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua, WPC 08 - Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip dan WPC 09 - Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu Airport.
- Log in to post comments