Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis
KANGAR, 3 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis di Kangar dan disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Perlis Ir. Rahmat Bin Hj. Abd. Rahman serta pengurusan atasan negeri dan persekutuan.
YB Timbalan Menteri Kerja Raya kemudian dibawa untuk sesi taklimat berkenaan JKR Perlis disamping status projek- projek infrastruktur di Negeri Perlis. YB Timbalan Menteri juga diberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Projek Kompleks Pentadbiran Negeri Perlis yang masih dalam pembinaan.
Acurcara lawatan YB Timbalan Menteri Kerja Raya diteruskan dengan lawatan tapak ke Tapak Projek Kompleks Pentadbiran Negeri Perlis untuk melihat status dan perkembangan terkini mengenai pembinaan kompleks ini.
- Log in to post comments