3 Subpakej Projek KBKK Dimuktamadkan Dan Bakal Menjadi Kelangsungan Kemudahan Infra Rakyat Kelantan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
245928764_235981555234727_4817503541871263052_n.jpg

3 Subpakej Projek KBKK Dimuktamadkan Dan Bakal Menjadi Kelangsungan Kemudahan Infra Rakyat Kelantan

3 Subpakej Projek KBKK Dimuktamadkan Dan Bakal Menjadi Kelangsungan Kemudahan Infra Rakyat Kelantan

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 OKTOBER 2021 – Pengguna jalan raya di negeri Kelantan bakal menikmati laluan alternatif baharu yang lebih menjimatkan masa perjalanan dengan adanya Jalan Kota Bharu Ke Kuala Krai (KBKK). Sehingga 30 September 2021, KKR telah berjaya menyiapkan 13.9 kilometer daripada 67.6 kilometer (21%) projek KBKK melibatkan Pakej 1B (dari Pasir Hor ke Kadok) dan Pakej 2A (dari Kadok ke Ketereh).

Bagi meninjau pelaksanaan projek ini, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah turun padang dan telah diberi taklimat berkenaan status pelaksanaan projek oleh Jabatan Kerja Raya. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan.

Bakal pengguna jalan raya KBKK mendapat khabar gembira apabila KKR telah memuktamadkan proses perolehan untuk tiga (3) lagi subpakej pada tahun 2021. Ini melibatkan Pakej 2C (Kok Lanas ke Machang) dan Pakej 3A (Machang ke Bukit Tiu) dengan sepanjang 19.13 kilometer, yang dilaksanakan dalam satu kontrak, Pakej 3B (Kg. Berangan Mek Nab ke Keroh) sepanjang 9.8 kilometer dan Pakej 3C (Keroh ke Kuala Krai) sepanjang 8.6 kilometer.

Selain itu, terdapat satu (1) pakej KBKK iaitu Bukit Tiu ke Kg. Berangan Mek Nab atau dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat yang masih di peringkat perancangan. Makmal Pengurusan Nilai (Value Assessment - VA) telah diadakan pada 4-6 Oktober 2021 dan dijangka proses perolehan akan dapat diselesaikan pada suku pertama tahun 2022.

Secara keseluruhan, peruntukan yang diluluskan bagi Negeri Kelantan di dalam RMKe-12 (2021-2025) bagi Rolling Plan 1 (2021) adalah sebanyak RM1,836.6 juta. Ini melibatkan KBKK (RM300 juta), Jalan Central Spine (RM1,307.6 juta) dan jalan Persekutuan (RM229 juta).

Sehingga kini, status projek Jalan Central Spine dari Bentong ke Kuala Krai telah siap sepanjang 90 kilometer atau 30% daripada keseluruhan 299 kilometer yang diluluskan oleh EPU.

Mengikut perancangan, keseluruhan projek KBKK dan Jalan Central Spine akan disiapkan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2025. Ini bermakna pengguna dari Lembah Kelang ke Kota Bharu dan sebaliknya akan menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat apabila keseluruhan projek Jalan Central Spine termasuk laluan Kota Bharu – Kuala Krai ini disiapkan. Selain itu, tempoh masa perjalanan juga dijangka akan lebih singkat iaitu 4.5 jam sahaja berbanding 7 hingga 8 jam pada masa kini.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 245904882_236065268559689_6752746589821651227_n_0.jpg
 245905994_235981428568073_1511382878969958960_n_0.jpg
 245906813_236067305226152_6177461601149809246_n_0.jpg
 245909584_236067248559491_3912709152564972990_n_0.jpg
 245914523_235981611901388_1523692126202845944_n_0.jpg
 245916273_235981408568075_7244558672373541862_n_0.jpg
 245922299_235981511901398_5327348462556299808_n_0.jpg
 245926064_235981651901384_1154114739699692525_n_0.jpg
245930667_236104251889124_264487525434131115_n_0.jpg
 245948926_236065321893017_7053712608962484098_n_0.jpg
 245955824_236065338559682_593759645457234559_n.jpg