Pembukaan Laluan Persekutuan Ft366 Jalan Temiang – Pantai, Seremban, Negeri Sembilan
Pembukaan Laluan Persekutuan Ft366 Jalan Temiang – Pantai, Seremban, Negeri Sembilan
SEREMBAN, 26 OGOS 2021 - Jalan Persekutuan FT366 Jalan Temiang-Pantai mula dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021 jam 11.00 pagi. Projek Jalan Temiang-Pantai FT366 sepanjang 7.44 kilometer ini merupakan laluan baharu yang bermula dari Persimpangan Laluan FT86 (Jalan Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang) dan berakhir di jalan penghubung menghala ke Persimpangan Bertingkat Temiang, Lebuhraya LEKAS.
Pembukaan jalan baharu ini dapat memendekkan jarak perjalanan dari Laluan FT86 ke Lebuhraya LEKAS sebanyak 4.50 kilometer. Pembukaan laluan baru FT366 ini, secara keseluruhannya akan menyambungkan laluan masuk utama Koridor Seremban Utara dari Persimpangan Bertingkat Temiang ke Laluan FT86 dan dijangka dapat meningkatkan nilai hartanah dan meningkatkan potensi pembangunan di kawasan sekitar.
Skop utama bagi pembinaan jalan ini melibatkan pembinaan jalan baharu empat (4) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 1.60 kilometer, pembinaan jalan baharu dua (2) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 5.84 kilometer, satu (1) persimpangan bulatan, tiga (3) buah jambatan dan satu (1) persimpangan di Jalan Pantai, FT86. Projek ini telah berjaya disiapkan pada 23 Julai 2021, iaitu awal 17 hari dari tarikh siap sebenar pada 9 Ogos 2021.
- Log in to post comments