Pra Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2021 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
258853810_260661972766685_5959352680085373823_n.jpg

Pra Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2021

KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER 2021 – Majlis Pra Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara 2021 (HPTN 2021) bertemakan “Menggerakkan Negara Melangkaui Aspirasi” telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali di Aras Dua, Menara Kerja Raya.
 
HPTN merupakan sambutan tahunan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) dan juga agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) , Lembaga Pembangunan Industri Pembinan Malaysia (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta badan profesional di bawah KKR iaitu Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. 

Sambutan HPTN ini adalah simbolik penghargaan kepada jasa warga teknikal atas sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur dan landskap pembangunan dan permodenan negara.  Menerusi Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.6 bilion bagi memperkasa bidang Teknikal dan Vokasional (TVET). Menerusi bidang TVET, kerajaan menyasarkan peningkatan produktiviti buruh dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi termasuk bidang teknikal. 

Secara tidak langsung, negara kita mampu menghasilkan tenaga kerja terlatih dan kompetitif, selain dilengkapkan dengan kemahiran teknikal terkini selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.
 
Sambutan kemuncak HPTN 2021 akan berlangsung selama empat (4) hari iaitu pada 4 sehingga 7 Disember 2021 (Sabtu-Selasa). YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bakal menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara yang dijadualkan pada 4 Disember 2021 (Sabtu). 

Laman sesawang rasmi sambutan HPTN 2021 iaitu www.hptn2021.my turut disediakan untuk orang ramai mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik yang dianjurkan sempena HPTN 2021.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 254972558_260661926100023_8115633674649218969_n.jpg
 257345978_260661446100071_4016304474022151281_n.jpg
 257886556_260661826100033_1529707848685806007_n.jpg
 258779060_260661309433418_3772914312569553291_n.jpg
 258782709_260661806100035_5216574179701624982_n.jpg
 259393482_260662012766681_7901167339193271671_n.jpg
 259411515_260661372766745_4726422524499472662_n.jpg
 260282265_260661659433383_173244918907079876_n.jpg