Seksyen Julau Sepanjang 28.5 Kilometer Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Kini Dibuka | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
258538337_439064461119586_7062279652345798765_n.jpg

Seksyen Julau Sepanjang 28.5 Kilometer Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Kini Dibuka

JULAU, SIBU SARAWAK, 20 NOVEMBER 2021 – Seksyen Julau Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dibuka dengan rasmi oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg bersama-sama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Pembinaan LPB bagi Kontrak Pakej Kerja atau Work Package Contract (WPC) 07 Seksyen Julau, sepanjang 28.5 kilometer ini melibatkan kos pembinaan sebanyak RM537.4 juta. Ia adalah sebahagian daripada keseluruhan tiga (3) jajaran WPC07 dari Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua sepanjang 75 kilometer.  Secara keseluruhan,  skop pembinaan jalan ini akan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf daripada dua lorong duahala (single carriageway) kepada empat lorong dua hala (dual carriageway).

Apabila keseluruhan jajaran WPC07 siap kelak, ia akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa dan cekap terutama kepada penduduk di sekitar kawasan Sarikei dan Bintangor ke Kanowit dan Sibu.  Laluan ini juga akan membantu dalam mempermudahkan urusan logistic dan pasaran hasil pertanian khususnya di kawasan Julau.  Kesalinghubungan jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung akan merangsang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat,  mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan sekaligus mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah. 

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek. Projek ini adalah satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, etnik dan wilayah.  Ini selaras dengan Teras Strategik Keenam di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 iaitu Keterangkuman Wilayah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 256443921_259308679568681_5207868982887363486_n.jpg
 257390603_259308462902036_3817867333351606673_n.jpg
 257427587_259308482902034_5118588131988637725_n.jpg
 257428334_259308732902009_5941360944636998247_n.jpg
 257571985_259308666235349_1003521394337572043_n.jpg
 257636725_439076504451715_534722741865738688_n.jpg
 257761943_259308426235373_341497708043436627_n.jpg
 258228944_259308399568709_2219674458816920299_n.jpg