Tinjauan Projek Kuala Terengganu BYPASS Dan Pembinaan Hospital Pengajar UNISZA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
272269306_300095015490047_6766896908776990869_n.jpg

Tinjauan Projek Kuala Terengganu BYPASS Dan Pembinaan Hospital Pengajar UNISZA

Tinjauan Projek Kuala Terengganu BYPASS Dan Pembinaan Hospital Pengajar UNISZA

KUALA TERENGGANU, 24 JANUARI 2022 – Projek Kuala Terengganu Bypass dijangka siap pada September 2022 dengan status kemajuan projek sehingga 15 Januari 2022 adalah 91.75% berbanding jadual, 91.64% iaitu awal 18 hari.

Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof meninjau kemajuan kerja projek dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR) ini yang bertujuan mengurangkan kesesakan trafik seterusnya menjimatkan jarak dan masa perjalanan pengguna.

Projek ini dirancang untuk mengalirkan keluar kenderaan daripada memasuki Bandaraya Kuala Terengganu. Ini akan mengurangkan kesesakan di dalam pusat bandar dan pada masa yang sama dapat mempercepatkan perjalanan pengguna jalan raya dari Kuantan ke Kota Bharu atau sebaliknya dengan penjimatan masa sebanyak 30 minit.

Pelaksanaan projek ini dapat memberi manfaat kepada 70,000 orang penduduk terutama di Bandar Baru Bukit Besar. Selain itu, ia dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan membawa koridor baru pembangunan di Daerah Kuala Terengganu.

Antara skop projek ini adalah membina jalan baharu empat lorong sepanjang 5.875 kilometer bermula dari persimpangan Tok Molor, Kuala Ibai dan berakhir di Kampung Durian Burung dengan piawaian rekabentuk Jabatan Kerja Raya (JKR) U5. Turut dibina adalah lima buah jejambat serta melibatkan skop menaiktaraf dua (2) persimpangan iaitu persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku kepada persimpangan bertingkat.

Selain itu, skop kerja lain adalah penyediaan sistem perparitan dan pembentungan yang sistematik, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, pemasangan kelengkapan jalan, pengalihan utiliti dan pembinaan dua buah ‘vehicular box culvert’ (VBC).

Terdahulu, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah meninjau projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang merupakan projek pelanggan milik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Fasiliti kesihatan ini terletak di Kampus UniSZA Gong Badak dengan keluasan 30 ekar.

Projek pembinaan hospital pengajar ini telah siap pada 11 Disember 2021 dengan kos bernilai RM281 juta oleh kontraktor GPQ Sdn. Bhd. Hospital ini dijangka beroperasi kepada umum secara berperingkat bermula April 2022 setelah kelengkapan perubatan selesai dipasang di wad – wad di seluruh hospital. Hospital ini juga bakal menjadi pusat pengamalan ilmu kepakaran perubatan kepada para mahasiswa bidang perubatan UniSZA.

Ia dilaksanakan secara Reka dan Bina yang terdiri daripada Blok Utama Hospital (kapasiti 200 katil) setinggi enam tingkat, Blok Kejuruteraan, Blok Pengurusan Jenazah dan Blok Hyperbaric. Turut terdapat dalam skop projek adalah kerja – kerja elektrikal dan mekanikal termasuk Peralatan Perubatan serta penyediaan tempat letak kenderaan untuk kakitangan dan pelawat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 272132330_300094952156720_7388365915808464927_n.jpg
 272137627_300161228816759_2296074246992446404_n.jpg
 272154172_300094878823394_6692409383701446425_n.jpg
 272196415_300161378816744_204671033574580421_n.jpg
272209753_300161288816753_7660788340451258337_n.jpg
 272267895_300161212150094_5121782869555380885_n.jpg
 272403608_300095135490035_1661107988962081355_n.jpg
 272554428_300161398816742_8143815375514792660_n.jpg
 272564623_300161332150082_7641814785694718801_n.jpg
 272584401_300094808823401_1322623818724003937_n.jpg
 272605558_300161478816734_517132501212187162_n.jpg