FTROADPEDIA Pasca Banjir Pantau Pemulihan Infra Rakyat Di Hulu Langat, Selangor | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
274607416_319131476919734_6600040577223869619_n.jpg

FTROADPEDIA Pasca Banjir Pantau Pemulihan Infra Rakyat Di Hulu Langat, Selangor

FTRoadpedia Pasca Banjir Pantau Pemulihan Infra Rakyat Di Hulu Langat, Selangor

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2022: Program FTRoadpedia Kementerian Kerja Raya (KKR) kembali dengan pendekatan proaktif bagi meninjau dan memantau kerja-kerja pembaikan infra rakyat yang terjejas akibat bencana Monsun Timur Laut pada Disember 2021.

KKR bertanggungjawab dalam menyenggara laluan Jalan Persekutuan, namun FTRoadpedia Pasca Banjir juga memberi tumpuan di lokasi pembaikan infrastruktur oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi di bawah KKR yang turut melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan infrastruktur terjejas banjir di jalan negeri, jalan kampung dan cerun.

Menerusi FTRoadpedia Pasca Banjir, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof meninjau sendiri empat (4) lokasi pembaikan infrastruktur awam yang terjejas akibat banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor.

Lokasi pertama adalah pembaikan cerun di Jalan Bukit Peras – Kuala Klawang (Jalan Negeri) yang telah runtuh pada 18 Disember 2021 akibat hujan lebat. Terdapat 85 lokasi runtuhan di sepanjang laluan tersebut. Kerja-kerja pembersihan awalan tanah runtuh dan pembukaan laluan untuk penduduk setempat telah bermula pada 18 Disember 2021. Kerja ini telah siap pada 15 Januari 2022 dengan peruntukan sebanyak RM693,820. Kerja-kerja pembersihan sepenuhnya akan dilaksanakan selepas menerima peruntukan dengan anggaran peruntukan RM1.37 juta.

Tinjauan diteruskan di lokasi kedua iaitu pemasangan Jambatan Bailey di Jalan Sungai Lui (Jalan Negeri B19). Jambatan tersebut telah runtuh akibat hujan lebat pada 18 Disember 2021 yang lalu. Kerja-kerja pemasangan Jambatan tersebut telah dilaksanakan pada 1 Januari 2022 dan siap dipasang pada 4 Januari 2022 dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kos terlibat adalah sebanyak RM397 ribu.

Lokasi ketiga adalah pembaikan embankment atau tambak jalan runtuh di KM3 Jalan Sungai Lui yang runtuh pada 18 Disember 2021 akibat banjir. Kerja baik pulih telah dimulakan pada 20 Disember 2021 dan siap sepenuhnya pada 15 Februari 2022 dengan kos keseluruhan adalah RM1.9 juta.

Lokasi keempat melibatkan pembaikan Jalan Persekutuan FT3210 – Jalan Industri Hulu Langat yang rosak akibat tebing sungai runtuh, berpunca dari kejadian banjir pada 18 Disember 2021. Kerja-kerja pembaikan telah dimulakan pada 24 Disember 2021 dan siap pada 21 Februari 2022 dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

Secara keseluruhan KKR menganggarkan kos pembaikan sebanyak RM 1020.36 juta di 1282 lokasi infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir pada Disember 2021 lalu yang melibatkan Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, jambatan dan cerun di Jalan Persekutan dan Jalan Negeri. Anggaran kos bagi kerja-kerja pembaikan di Jalan Persekutuan adalah sebanyak RM 624.2 juta, manakala RM 396.2 juta pula bagi kerja-kerja pembaikan di Jalan Negeri.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 274538443_319131160253099_614332725591106759_n.jpg
 274541846_319131220253093_4803317449913808098_n.jpg
 274591147_319131030253112_7174624415974582958_n.jpg
 274601869_319131356919746_4072521129101067535_n.jpg
 274616090_319130866919795_79633451387080453_n.jpg
 274654662_319130736919808_5061315623852163570_n.jpg
274656564_319131096919772_1992603636437560642_n.jpg
 274661371_319131440253071_3147269105388117245_n.jpg
 274679689_319131753586373_8947207097594595601_n.jpg
 274689073_319131716919710_1391177406941886642_n.jpg
 274720417_319131513586397_2878174392577097166_n.jpg