Jejambat Batu 10 Dibuka Untuk Orang Ramai | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
282045024_555249909501040_2389918663945919008_n.jpg

Jejambat Batu 10 Dibuka Untuk Orang Ramai

Jejambat Batu 10 Dibuka Untuk Orang Ramai

KUCHING, 22 MEI 2022 – Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof hari ini telah merasmikan pembukaan Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian Road (KSR) yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Jejambat Batu 10 adalah salah satu jejambat di bawah jajaran Seksyen Kuching Serian Road (KSR) yang merupakan satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah Pakej Kerja 02 dari Sematan ke Kuching Serian Road (KSR). Projek ini telah bermula pada 1 November 2016 dengan kos keseluruhan pembinaan berjumlah RM323 juta termasuk jejambat Batu 4 ½, Batu 6 dan Batu 7.

Menerusi pembukaan Jejambat Batu 10 ini, ia secara tidak langsung akan membantu memudahkan aliran trafik antara Kuching ke Padawan dan Siburan. Projek ini juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di sepanjang jajaran contohnya Puncak Borneo, Mambong, Landeh, Kampung Panchor, Tapah, dengan akses jalan raya yang lebih baik.

Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, pemandu dinasihati mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan iaitu 60 kilometer sejam dan tidak dibenarkan untuk berhenti mengambil gambar, beriadah dan berehat di atas jejambat ini.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini adalah satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, etnik dan wilayah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 281145785_376571101175771_4745050036748102583_n.jpg
 281362934_376571457842402_7531390382902352000_n.jpg
 281736328_376569021175979_4801367427488102867_n.jpg
 282127657_376572174508997_611010811051134074_n.jpg
 282266734_376569794509235_3479463340213662925_n.jpg
 282795106_376571874509027_4568297668706912838_n.jpg
283147073_376571691175712_7868482365244877064_n.jpg
 283198118_376568584509356_7452661806025543211_n.jpg
283766810_376571974509017_7902228480664871953_n.jpg