MoU Memeterai Program Latihan dan Pensijilan kepada Personel Binaan Indonesia | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

MoU Memeterai Program Latihan dan Pensijilan kepada Personel Binaan Indonesia

Kuala Lumpur, 31 Mac -  Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Badan Pembinaan Konstruksi (CDA) Kementerian Pekerjaan Umum Republik Indonesia dan CIDB Holdings telah diadakan di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel hari ini.

Tujuan MoU ini ialah untuk menyediakan program latihan dan pensijilan kepada personel binaan warga Indonesia yang sah untuk bekerja di dalam sektor pembinaan dan mempunyai Kad Hijau untuk meningkatkan kemahiran personel binaan di Malaysia sekaligus memberi sijil bagi mengiktiraf dan mengeluarkan Perakuan Kecekapan Pekerja Asing (PKPA).

Bagi peringkat permulaan, dijangka 7,000 personel Binaan Indonesia akan dilatih dalam program Penilaian Kecekapan Pekerja Mahir Indonesia sepanjang tahun 2014-2015 (2 tahun).  Program ini mempunyai empat bidang kemahiran pembinaan iaitu Penerapan Bata & Pelepaan (Bricklaying & Plastering), Pelepaan dan Penjubinan (Plastering & Tiling), Pertukangan Kayu, Pembengkokkan Bar dan Konkrit (Carpentry, Barbending & Concreting) dan Aplikasi Lapisan dan Dekorasi (Building Decorative Painting).

Antara yang hadir pada majlis MoU ini ialah YB Datuk Haji Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia, YTM Bapak Ir. Djoko Kirmanto, Menteri Pekerjaan Umum Republik Indonesia, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia merangkap Pengerusi CIDB Holdings Sdn Bhd, Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara