Perhimpunan Bulanan Mac KKR – Senario Industri Pembinaan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Perhimpunan Bulanan Mac KKR – Senario Industri Pembinaan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bulan Mac telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, hari ini dan diurusetiakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).  Justeru, penyampaian amanat kali ini menyentuh khusus kepada senario industri pembinaan negara.

“Secara keseluruhannya, pertumbuhan sektor pembinaan pada tahun lepas (2013) adalah 10.9 peratus, lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi negara yang berada pada tahap 4.7 peratus,” kata Menteri Kerja Raya melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.

Berhubung maklumbalas industri pula, YB Menteri Kerja Raya menyatakan bahawa KKR mengamalkan dasar terbuka dengan sentiasa mendengar pandangan dan maklumbalas industri melalui beberapa sesi dialog yang telah diatur bersama para penggiat industri.

Pada perhimpunan ini juga, Datuk Rosnah turut melancarkan aplikasi peranti mudah alih atau Mobile Apps CIDB.  Mobile Apps ini berfungsi sebagai capaian kepada kontraktor untuk menyemak status permohonan, status kad hijau, acara dan latihan terkini untuk para kontraktor, selain untuk mendapatkan berita dan maklumat semasa CIDB.

Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’. Sri Prof Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Eksekutif CIDB, YBhg. Dato’ Ir Haji Ismail Md Salleh, Ketua Pengarah LLM, pegawai-pegawai kanan serta warga kementerian dan agensi KKR.

Image removed.

Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara