Pendekatan Serampang Dua Mata kepada Kontraktor Bumiputera
Balingian, 23 Mac – Usaha memperkasa kontraktor bumiputera diteruskan Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan penganjuran Program Khidmat Masyarakat Kerja-kerja Mengecat dan Latihan Praktikal yang telah berlangsung di Balairaya Kampung Pulat, Balingian, Sarawak.
Program yang mendapat kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM), CIDB Sarawak ini merupakan satu pendekatan serampang dua mata iaitu program pembangunan kapasiti kontraktor bumiputera dan pada masa yang sama dapat melaksanakan satu bentuk khidmat sosial (CSR) kepada masyarakat.
YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya dalam ucapan perasmian program ini turut memberitahu tiga program yang dirangka PKK bagi memperkasa kontraktor bumiputera iaitu Program Kontraktor Bumiputera Berprestasi Tinggi, Program Inspektorat Taraf Bumiputera dan Program Pembangunan Kapasiti Kontraktor Bumiputera. Selain daripada kerja mengecat, para kontraktor bersama-sama penduduk kampung turut melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecil di balairaya tersebut.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
- Log in to post comments