Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera oleh KKR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera oleh KKR

Mukah, 22 Mac – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menganjurkan Seminar Memperkasa Kontraktor Bumiputera yang disasarkan kepada para kontraktor bumiputera sekitar Mukah dan Sibu.  Seminar yang berlangsung selama sehari di Politeknik Mukah ini bertujuan memberi pengetahuan kepada syarikat dalam urusan mendapatkan pengiktirafan taraf Bumiputera daripada PKK selain menyemai elemen integriti dalam urusan seharian.

Pada seminar ini juga para kontraktor mendapat peluang untuk berinteraksi dan bertukar pendapat selain menjalin satu hubungan jaringan sesama kontraktor.  Seramai seratus kontraktor telah menjadi peserta seminar ini yang telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya manakala perasmian penutupannya oleh YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya.

Kerajaan melalui PKK sedang memperkemaskan dan menyusun semula sesi latihan dan kursus dengan memberikan fokus program latihan kepada kursus-kursus teknikal pada masa akan datang.  Sebanyak 264 program dirancang oleh PKK untuk tahun 2014 dan jumlah sasaran peserta adalah seramai 21,100 kontraktor dari gred G1 hingga G7.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara