RM11.64 Juta Baiki Jalan Rosak Akibat Banjir | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

RM11.64 Juta Baiki Jalan Rosak Akibat Banjir

KENINGAU 7 Mac - Penduduk di beberapa daerah di negeri ini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan akan memperbaiki keadaan jalan raya yang terjejas teruk akibat bencana banjir baru-baru ini bagi keselesaan para pengguna.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan RM11.64 juta akan dikeluarkan bagi membaiki kerosakan di 18 lokasi jalan Persekutuan itu.

"Daripada jumlah itu, RM5.7 juta akan digunakan untuk membaiki kerosakan enam laluan jalan di Keningau, Beaufort, Tenom dan Sipitang. Tahun ini secara keseluruhannya kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta bagi membaiki kerosakan jalan di Sabah dan Sarawak berbanding RM170 juta tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi jalan rosak akibat banjir di Beaufort, Keningau dan Tenom di sini semalam.

Penjelasan Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar itu sekali gus menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah jalan raya yang rosak akibat banjir baru-baru ini. -Utusan Melayu (M) Bhd

Image removed.

Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara