KKR DAN JKR MALAYSIA LANCAR PROGRAM PERDANA PEMBERSIHAN SISTEM PERPARITAN JALAN PERSEKUTUAN SEMPENA MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR DAN JKR MALAYSIA LANCAR PROGRAM PERDANA PEMBERSIHAN SISTEM PERPARITAN JALAN PERSEKUTUAN SEMPENA MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2026

Submitted by wmukk on 18 November 2026

KUALA LANGAT – Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi hari ini menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Perdana Pembersihan Sistem Perparitan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia Sempena Monsun Timur Laut (MTL) Tahun 2026 bertempat di sini.

Program berskala nasional yang diterajui oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ini merupakan sebahagian daripada pelan kesiapsiagaan yang telah digerakkan secara berperingkat merangkumi rangkaian Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaan inisiatif ini berteraskan strategi penyenggaraan pencegahan (Preventive Maintenance) yang memberi tumpuan utama kepada pembersihan awal longkang, pembetung (culvert), dan sistem saliran di kawasan titik panas (hotspots) berisiko tinggi berlakunya takungan air, limpahan banjir kilat, serta bencana tanah runtuh.

Pendekatan proaktif tersebut bukan sahaja memelihara jangka hayat aset jalan raya serta mengoptimumkan kos pembaikan jangka panjang, malah memastikan kelancaran aliran air bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan mobiliti rakyat sepanjang musim tengkujuh.

Dalam rangka lawatan kerja sama, YB Dato' Sri Alexander turut meninjau secara dekat pengoperasian fasiliti keselamatan jalan raya di sekitar daerah ini, merangkumi lokasi pemasangan Speed Sign Sensor (SSS) dan Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI) di Kuala Langat bagi memastikan kemudahan berkenaan berfungsi pada tahap optimum.

Pelaksanaan berterusan ini menterjemahkan komitmen teguh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR Malaysia berasaskan prinsip KKR Delivery Culture dalam memperkasa kualiti penyenggaraan infrastruktur negara agar sentiasa selamat, mampan, dan berdaya tahan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7