MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PEMBINAAN INFRA RAKYAT BIL. 4 TAHUN 2026 PERKUKUH PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PEMBINAAN INFRA RAKYAT BIL. 4 TAHUN 2026 PERKUKUH PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK

Submitted by wmukk on 18 November 2026

KUCHING – YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Bil. 4 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Mesyuarat ini turut disertai YBhg. Dato’ Ir. Suhaili bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya Malaysia serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pemantauan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembinaan infrastruktur rakyat.

Antara agenda utama mesyuarat termasuk pembentangan laporan projek oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, selain meneliti maklum balas serta tindakan susulan terhadap keputusan mesyuarat terdahulu.

Pemantauan secara berterusan ini penting bagi memastikan setiap isu dan cabaran pelaksanaan projek dapat dikenal pasti serta ditangani dengan segera melalui tindakan penyelesaian yang berkesan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk memperkukuh tadbir urus dan pemantauan projek bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur berjalan lancar, mengikut jadual serta memberi manfaat kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4