MESYUARAT TASK FORCE PTJSD PANTAU KEMAJUAN PROJEK DI PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT TASK FORCE PTJSD PANTAU KEMAJUAN PROJEK DI PULAU PINANG

Submitted by wmukk on 17 November 2026

PULAU PINANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memantau rapat pelaksanaan infrastruktur strategik negara menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (Task Force) Bilangan 11 Tahun 2026 bagi Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD), Pulau Pinang, hari ini.

Mesyuarat penyelarasan tertinggi berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, bagi meneliti perkembangan semasa serta memastikan sebarang isu pelaksanaan ditangani secara proaktif dan berkesan.

Berdasarkan laporan kemajuan yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut, status pelaksanaan fizikal bagi Pakej 1 Projek PTJSD kini telah mencapai tahap 55.24 peratus, sekali gus mencerminkan momentum perkembangan positif serta kelancaran gerak kerja di tapak bina.

Pemantauan berkala ini menterjemahkan komitmen berterusan KKR dalam mengamalkan KKR Delivery Culture berasaskan prinsip Sense of Urgency dan Follow Up, Follow Through, demi memastikan projek penyuraian trafik berimpak tinggi di Pulau Pinang ini disiapkan mengikut jadual demi kelancaran trafik dan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2