ZIARAH KASIH KKR SANTUNI RAKYAT, SEMAI SEMANGAT KEPRIHATINAN DAN KEBERSAMAAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

ZIARAH KASIH KKR SANTUNI RAKYAT, SEMAI SEMANGAT KEPRIHATINAN DAN KEBERSAMAAN

Submitted by wmukk on 15 November 2026

KUBANG SEMANG – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah mengadakan kunjungan Ziarah Kasih bersama penduduk di Kubang Semang, Pulau Pinang bersempena Program Santuni MADANI 2026.

Program ini merupakan antara inisiatif KKR untuk mendekati masyarakat, menyelami kehidupan serta mendengar sendiri denyut nadi rakyat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Melalui kunjungan mesra ini, KKR terus memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan rakyat, di samping menyemai nilai keprihatinan, kebersamaan dan semangat saling membantu.

KKR berharap program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diberi perhatian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6