KESEJAHTERAAN WARGA KERJA TERUS MENJADI KEUTAMAAN KKR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KESEJAHTERAAN WARGA KERJA TERUS MENJADI KEUTAMAAN KKR

Submitted by wmukk on 6 November 2026

KUALA LUMPUR – Kesejahteraan warga kerja bukan sekadar tanggungjawab individu, malah merupakan keutamaan bersama-sama dalam membentuk persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menyokong.

Bersempena dengan dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2026, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KKR meneruskan inisiatif Program Walkabout Kesejahteraan Warga Kerja KKR Siri 2 sebagai usaha mendekati warga kerja melalui pendekatan yang lebih santai, mesra dan bersahaja.

Menerusi program ini, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, meluangkan masa mengunjungi setiap bahagian bagi bertanya khabar, menyampaikan amanat mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental serta menyerahkan cenderahati menjadi simbol pengimarahan persekitaran  positif kepada warga kerja.

Bagi Siri 2 yang berlangsung pada hari ini, 6 November 2026 (Jumaat), pergerakan walkabout melibatkan lapan bahagian iaitu Bahagian Audit (BA), Bahagian Pengurusan Jabatan (BPJ), Bahagian Pengurusan Projek (BPP), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan Unit Integriti (UI).

Lawatan bermula pada jam 8.45 pagi di Blok A, Aras 1 dan diteruskan ke Blok B sehingga jam 11.20 pagi. Turut berlangsung dalam siri lawatan ini ialah Perasmian Pejabat Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Pendekatan sebegini diharap dapat menyemai budaya kerja yang lebih prihatin, menggalakkan komunikasi terbuka serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi.

KKR percaya bahawa warga kerja yang sejahtera bukan sahaja lebih produktif dan berdaya tahan, malah menjadi asas penting kepada pembentukan organisasi yang tangkas, positif dan berprestasi tinggi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4