KSU KKR TURUN PADANG TINJAU PELAKSANAAN PROJEK MENAIK TARAF JALAN FT1486 BUKIT GOH–KOTASAS | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR TURUN PADANG TINJAU PELAKSANAAN PROJEK MENAIK TARAF JALAN FT1486 BUKIT GOH–KOTASAS

Submitted by wmukk on 23 October 2026

KUANTAN – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim mengadakan lawatan turun padang ke tapak Projek Menaik Taraf Jalan FT1486 dari Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Goh ke KotaSAS, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur, bagi meninjau pelaksanaan projek serta mendapatkan perkembangan terkini di tapak.

Lawatan ini turut melibatkan sesi taklimat oleh pihak berkaitan mengenai status kemajuan projek, skop pelaksanaan serta isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian bagi memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan. Turut bersama dalam lawatan ini YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.

Lawatan turun padang ini mencerminkan komitmen KKR untuk memperkukuh pemantauan projek infrastruktur jalan raya, di samping memastikan aspek kualiti kerja, keselamatan dan pematuhan kepada spesifikasi yang ditetapkan sentiasa diberi keutamaan.

KKR akan terus bekerjasama rapat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur berjalan dengan cekap dan berkesan demi meningkatkan kesalinghubungan serta keselesaan pengguna jalan raya, khususnya di sekitar Kuantan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5