PROJEK PTJSD: MEMACU TINDAKAN, MEMPERCEPAT PELAKSANAAN, MEREALISASIKAN HASIL UNTUK RAKYAT
PULAU PINANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memacu pelaksanaan Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (Task Force) PTJSD Bilangan 10 Tahun 2026 yang berlangsung di sini hari ini.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, bagi meneliti kemajuan fizikal serta memastikan sebarang isu teknikal dan pelaksanaan dapat ditangani secara segera.
Sesi penyelarasan tersebut turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Mohamed Abd Rahman, bersama pegawai-pegawai kanan daripada KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), PLUS Malaysia Berhad, serta agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Mesyuarat telah meneliti secara terperinci status kemajuan pelbagai komponen utama projek termasuk kerja-kerja pembinaan, pengalihan utiliti, pengurusan tanah, proses perolehan, serta aspek pembiayaan kewangan projek.
Pelaksanaan projek berimpak tinggi ini dipacu berlandaskan prinsip KKR Delivery Culture menerusi penerapan nilai Sense of Urgency, Sense of Responsibility, dan Sense of Accountability demi memastikan isu infrastruktur kritikal di Pulau Pinang ditangani secara teratur, cekap, dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
- Log in to post comments