PROGRAM PEMANTAPAN PENILAIAN PEROLEHAN KKR DAN JKR LABUH TIRAI
GENTING HIGHLANDS — Penganjuran Kursus Perolehan Siri 3 Tahun 2026: Pemantapan Penilaian Perolehan Kerajaan secara rasminya melabuhkan tirainya hari ini. Program khas berimpak tinggi yang mendedahkan para peserta dengan modul interaktif, perkongsian praktikal, serta sesi Townhall eksklusif bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ini diharap dapat mencapai objektif penganjurannya dengan jayanya.
Majlis Penutupan program ini telah disempurnakan menerusi ucapan penutup oleh Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Kerja Raya, YBrs. Encik Muhammad Haizul Azreen bin Usol Ghafli.
Menerusi majlis tersebut, penganjuran kursus ini diharap dapat memberi manfaat optimum kepada kesemua 45 orang pegawai penilai perolehan KKR dan JKR yang dilantik. Para penilai perolehan kerajaan digesa agar sentiasa menggalas amanah serta menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh integriti, akauntabiliti, dan kadar profesionalisme yang tinggi demi memelihara tadbir urus perbelanjaan awam.
Dalam pada itu, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah turut dizahirkan kepada Bahagian Kewangan KKR atas usaha gigih dan kejayaan menganjurkan program ini dengan lancar serta mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dalam memperkasakan kompetensi warga kerjanya demi memastikan setiap proses perolehan kerajaan dilaksana secara objektif, telus, dan memberikan nilai faedah terbaik (value for money) kepada negara.
- Log in to post comments