MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN (BGKP) TERBAIK TAHUN 2025 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN (BGKP) TERBAIK TAHUN 2025

Submitted by wmukk on 16 October 2026

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) memberikan penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada syarikat konsesi yang memamerkan usaha cemerlang dalam mengurus serta menyenggara Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) selaras dengan komitmen memastikan premis kerajaan sentiasa cekap, selamat, dan berkualiti.

Pengiktirafan tersebut dizahirkan menerusi Majlis Anugerah Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Terbaik Tahun 2025. Majlis gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, pagi tadi.

Penganjuran anugerah ini bertindak sebagai platform penting untuk menyuntik semangat dan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi serta pembudayaan amalan cemerlang dalam pengurusan fasiliti di seluruh BGKP demi kesejahteraan pengguna aset awam.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Maslan; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman; serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Fasiliti KKR, YBhg. Datin Dr. Rafidah Dahari.

KKR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap pengiktirafan ini akan terus memacu standard pengurusan fasiliti sektor awam ke tahap yang lebih tinggi.


 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5