HARI INOVASI KKR & AGENSI TAHUN 2026
KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh budaya inovasi dalam organisasi menerusi Hari Inovasi KKR & Agensi Tahun 2026, yang menghimpunkan warga KKR, tetamu jemputan serta Ketua Bahagian dan Agensi dalam usaha menyemarakkan kreativiti dan pemikiran baharu dalam penyampaian perkhidmatan.
Program dimulakan dengan Ceramah Inovasi, sebelum ketibaan barisan pengurusan tertinggi KKR iaitu YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR; YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pengurusan) KKR; YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; serta YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, persembahan multimedia dan persembahan koir, sebelum kemuncak acara iaitu Penyampaian Anugerah Inovasi Peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi, selain Anugerah Khas Menteri Kerja Raya.
Sebagai penutup, para tetamu berkesempatan melawat reruai pameran inovasi bagi menyaksikan sendiri idea, kreativiti dan hasil inovasi warga KKR serta agensi. Inovasi bukan sekadar mencipta sesuatu yang baharu, tetapi bagaimana idea tersebut mampu membawa nilai tambah dan memberikan impak yang lebih baik kepada organisasi serta rakyat.
- Log in to post comments