PEMASANGAN DAN MENAIKTARAF SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DAN SMS NOTIFIKASI CCTV UNTUK PEJABAT-PEJABAT SPRM (RP1 RMKE-13) - PAKEJ 3A
NO. SEBUT HARGA: JKR (L) IP 34/2026
Unit Perunding Akustik & ELV,
Cawangan Kejuruteraan Elektrik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia
ME
E02, E04, dan E11, E14 dan E17
Tidak diwajibkan
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar di Negeri SABAH sahaja dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah dalam Gred G3 dan ke atas, Kategori ME, Pengkhususan E02, E04, dan E11, E14 dan E17, serta Sijil Pematuhan Cukai (TCC) dan memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
- mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah; atau
- mempunyai Sijil PUKONSA yang masih sah dalam kelas yang berkaitan, Tajuk VII Electrical Works, Tajuk Kecil 1, 3, dan 15.
- Kontraktor yang berminat WAJIB MENDAFTAR melalui pautan https://forms.gle/B23iQErqEvpVhEBM8 bermula dari 12 Oktober 2026, jam 8.00 pagi sehingga 15 Oktober 2026, jam 12.00 tengoh hari sahaja.
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan manakala taklimat Sebut Harga adalah amat digalakkan. Taklimat Sebut Harga Secara Maya(online) akan diadakan pada 15 Oktober 2026, jam 10.00 pagi secara Google Meet melalui pautan: https://meet.google.com/voj-seyf-vrc .
- Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 15 Oktober 2026 sehingga 19 Oktober 2026.
- Dokumen Sebut Harga yang telah dicetak dan diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditulis di bahagian atas kiri sampul tersebut NOMBOR SEBUT HARGA: JKR (L) IP 34/2026 beserta TAJUK SEBUT HARGA dan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga sebelum atau pada jam 12.00 TENGAHARI, 27 Oktober 2026 (SELASA) ke alamat seperti berikut:
PASUKAN PROJEK KHAS 2, JKR MALAYSIA
ARAS 4, BLOK C,
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH,
JALAN UMS,88450 KOTA KINABALU, SABAH
- Sebarang pertanyaan sila email ke MohdAlifM@jkr.gov.my atau shahfariz@jkr.gov.my .