PENGGULUNGAN PERBAHASAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PENGGULUNGAN PERBAHASAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN)

KUALA LUMPUR — Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan sesi penggulungan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2 Tahun 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Sesi penggulungan tersebut menumpukan kepada penjelasan berhubung 13 penemuan audit berkaitan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1, memfokuskan isu kelewatan, implikasi kos, serta penambahbaikan tadbir urus kementerian.

Dalam penggulungan tersebut, Dato’ Sri Alexander menegaskan bahawa KKR mengambil serius setiap teguran yang dikemukakan dan tidak akan berkompromi terhadap aspek kawal selia serta pengurusan projek. Beliau turut menggariskan beberapa langkah ketat yang sedang dan bakal dilaksanakan, termasuk pemantauan rapi menerusi Jawatankuasa Pemandu LPB Sabah, penyelesaian halangan tapak, serta peningkatan kompetensi pengurusan kontrak pegawai KKR demi memastikan projek berimpak tinggi ini dapat disiapkan dengan telus, berintegriti, dan berpaksi kepada kesejahteraan rakyat Sabah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3