KSU KKR LAKSANAKAN KUNJUNGAN STRATEGIK KE SEKTOR PAKAR JKR, PERKUKUH KEPAKARAN TEKNIKAL DAN PROFESIONAL | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR LAKSANAKAN KUNJUNGAN STRATEGIK KE SEKTOR PAKAR JKR, PERKUKUH KEPAKARAN TEKNIKAL DAN PROFESIONAL

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, telah mengadakan Sesi Kunjungan Strategik ke Sektor Pakar, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, yang melibatkan Cawangan Arkitek serta Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan di Ibu Pejabat JKR Malaysia, di sini hari ini.

Sesi kunjungan kerja tersebut merupakan platform strategik bagi memperkukuh hubungan penyelarasan, meningkatkan kefahaman fungsi sektor pakar, serta mendapatkan gambaran menyeluruh berkenaan perkembangan semasa bidang kepakaran teknikal dan profesional di peringkat JKR.

Sesi berkenaan turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim; Pengarah Kanan Cawangan Arkitek, YBrs. Ar. Hjh. Sharina Intan binti Abdullah; Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, YBrs. Sr. Rogayah binti Yunus; serta pegawai-pegawai kanan KKR dan JKR Malaysia.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Seri Azman telah menerima taklimat terperinci mengenai inisiatif strategik serta peranan kedua-dua cawangan dalam menyokong tadbir urus perolehan, reka bentuk, dan pengurusan kos projek Kerajaan.

Penganjuran kunjungan ini menterjemahkan komitmen berterusan KKR dan JKR Malaysia dalam memperkasakan kepakaran teknikal tempatan demi memastikan perancangan serta penyampaian projek pembangunan infrastruktur negara dilaksanakan secara berkualiti, berdaya tahan, dan berintegriti.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4