KSU KKR TINJAU KEMAJUAN PROJEK LPB SABAH FASA 1A, SSLR1 DAN SSLR2 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR TINJAU KEMAJUAN PROJEK LPB SABAH FASA 1A, SSLR1 DAN SSLR2

SABAH & SARAWAK - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini melaksanakan Lawatan Turun Padang (TURPA) ke beberapa tapak projek infrastruktur strategik melibatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A serta Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) 1 dan SSLR2.

Lawatan bermula dengan tinjauan ke tapak Projek LPB Sabah Fasa 1A, melibatkan Pakej WP01 Sindumin-Kampung Melalia dan WP02 Kampung Melalia–Beaufort, bagi melihat perkembangan semasa pelaksanaan projek dan keadaan di tapak.

Turut hadir dalam lawatan kali ini ialah YBhg. Datuk Ridhwan Linus @ Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah; YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah; Tuan Baharuhom bin K.K. Sogon, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah; Tuan Haji Indra Sakti bin Haron, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Lebuhraya, JKR Sarawak; wakil-wakil Agensi Pusat, Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Negeri.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke Projek SSLR1 di Bridge 1 (CH3+550), sebelum KSU KKR meninjau Pakej 4B SSLR2 di Portal Tunnel. Lawatan ini turut melibatkan sesi taklimat dan tinjauan di tapak bagi mendapatkan gambaran secara langsung mengenai kemajuan serta isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan projek.

Lawatan TURPA ini mencerminkan komitmen berterusan YBhg. Dato' Seri KSU dan Pengurusan Tertinggi KKR untuk memastikan projek-projek infrastruktur utama Negata dilaksanakan dengan lancar, mengikut jadual, spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan selari dengan Aspirasi Malaysia MADANI serta Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7