MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KHAS (TASK FORCE) PTJSD BIL. 9/2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KHAS (TASK FORCE) PTJSD BIL. 9/2026

PULAU PINANG – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (Task Force) Bil. 9/2026 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang (PTJSD).

Mesyuarat meneliti perkembangan semasa projek, termasuk kemajuan pembinaan, pengalihan utiliti, pengurusan tanah, perolehan dan pembiayaan.

Sehingga 18 September 2026, Pakej 1 merekodkan kemajuan fizikal sebenar sebanyak 42.17%. Pelbagai langkah mitigasi turut dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Berhad bagi mempercepatkan kemajuan kerja di tapak.

KKR, LLM, PLUS Malaysia Berhad dan agensi berkaitan akan terus memperkukuh kerjasama serta pemantauan bagi memastikan projek dilaksanakan dengan cekap demi kelancaran trafik, keselesaan pengguna dan peningkatan kesalinghubungan di Pulau Pinang.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif MYJalan, KKR kekal komited dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur yang berkualiti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3