KSU KKR SAMPAIKAN UCAPTAMA "BEYOND BIM" SEMPENA MALAYSIA BIM DAY 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR SAMPAIKAN UCAPTAMA "BEYOND BIM" SEMPENA MALAYSIA BIM DAY 2026

PUTRAJAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan komitmen memperkasa industri pembinaan tempatan menerusi penganjuran Sesi Ucaptama (Keynote Address) sempena program Malaysia BIM Day 2026: Putrajaya Digital Built bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Sesi khas bertajuk "Beyond BIM: From Digital Models to Intelligent National Assets" telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim. Ucaptama tersebut memfokuskan kepada jajaran transformasi industri daripada penyediaan model digital standard (Building Information Modelling) kepada pemanfaatan teknologi bagi pengurusan serta pembangunan aset negara secara lebih pintar, cekap, dan holistik.

Penganjuran sesi ucaptama berkenaan menegaskan hala tuju KKR dalam memastikan pembangunan infrastruktur negara sentiasa berteraskan teknologi digital yang mampan serta berinovasi tinggi. Langkah ini penting bagi memastikan sektor pembinaan kekal dinamik dan bersedia mendepani cabaran pemodenan fizikal negara.

Sebagai pengisian penting yang menghimpunkan pengamal industri dan pembuat dasar, sesi ini mencerminkan langkah strategik KKR dalam memacu transformasi digital sektor pembinaan ke fasa yang lebih maju, selari dengan aspirasi kerangka Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4