KKR PANTAU KELANCARAN DAN KESELESAAN PENGGUNA DI PERSIMPANGAN KIWA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR PANTAU KELANCARAN DAN KESELESAAN PENGGUNA DI PERSIMPANGAN KIWA

SEPANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim bersama Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa tengah hari tadi meninjau Projek Membina dan Menyiapkan Jalan Persimpangan KIWA FT29/FT32 sehingga Laluan FT27, Daerah Sepang, Selangor.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan serta impak selepas pembukaan Persimpangan KIWA (FT29/FT32) yang telah dibuka kepada orang awam pada 12 September 2026, khususnya dari aspek kelancaran dan keselesaan pengguna jalan raya.

Tinjauan turut diteruskan ke kawasan projek bagi melihat kemajuan semasa kerja serta isu-isu yang berbangkit untuk tindakan dan penyelesaian selanjutnya.

KKR terus komited memastikan pembangunan infrastruktur jalan raya dilaksanakan secara selamat, berkualiti dan memberi manfaat kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4