PEMBINAAN KOMPLEKS TABIKA (KOMTA) KEMAS KEM PGA POLIS BUKIT GALING, KUANTAN, PAHANG | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

PEMBINAAN KOMPLEKS TABIKA (KOMTA) KEMAS KEM PGA POLIS BUKIT GALING, KUANTAN, PAHANG

Calling Office

CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN (BAHAGIAN BANGUNAN AM 2), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
MUHAMMAD SYAHID BIN ADNAN / PUTERI SOFIA HANI BINTI ABD RASHID
03-2168 4026 / 03-2168 4036 / CKUBBBA2BPP5@JKR.GOV.MY

Company Status

BUMIPUTERA

T1

CIDB Grade
G6
Category

B

Specialization

B04

PUKONSA
KELAS: SIJIL PUSAT PENDAFTARAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR KERJA, BEKALAN DAN PERKHIDMATAN NEGERI SABAH
TAJUK: -
TAJUK KECIL: -

UPKJ
KELAS: SIJIL UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING SARAWAK (UPKJ)
KEPALA: -
SUB KEPALA: -

 

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM300.00
Site visit

WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 25/09/2026
MASA LAWATAN: 09:00 AM
LOKASI LAWATAN: KEM PGA BUKIT GALING KUANTAN, PAHANG

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 25/09/2026
MASA TAKLIMAT: 09:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Kem PGA Bukit Galing Kuantan, Pahang

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 300
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE: KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/CKUB/23518/2026
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.

TARIKH MULA DIJUAL01/10/2026
TARIKH AKHIR DIJUAL07/10/2026
TEMPAT DIJUALATAS TALIAN
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPATAS TALIAN
TARIKH TENDER DITUTUP28/10/2026
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTAJKR E-TENDER (SISTEM JET) :
Proses tender ini dilaksanakan secara atas melalui Sistem JET.
a) Kontraktor yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi secara atas talian melalui Sistem JET.

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki memohon untuk hadir taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET sebelum tarikh taklimat tender yang ditetapkan.

b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Hanya kontraktor yang telah disahkan, LAYAK untuk hadir ke taklimat/lawatan tapak.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Sila hadir 30 Minit sebelum taklimat tender bermula bagi tujuan pendaftaran. Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara atas talian melalui Sistem JET untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cap Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

f) Kehadiran ke taklimat tender dan lawatan tapak dihadkan Dua (2) orang sahaja bagi setiap syarikat.

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Borang Kehadiran Kontraktor (Taklimat Tender & Lawatan Tapak) serta Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA dan Sijil Taraf Bumiputera (STB); dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

c) Kontraktor yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET.

PERINGATAN :
Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Closing date