KSU KKR TINJAU PROJEK NAIK TARAF JALAN, TEKAN DELIVERY CULTURE DALAM PELAKSANAAN PROJEK
SIBU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah menghadiri Sesi Taklimat & Lawatan Tapak ke Projek Menaik Taraf Struktur Turapan Jalan Sedia Ada Jajaran Redline Long Stretch bagi Seksyen Durin & Salim bagi meneliti secara langsung status kemajuan pelaksanaan, cabaran di lapangan serta tindakan kritikal yang perlu disegerakan.
Pendekatan turun padang ini penting bagi memastikan setiap isu dikenal pasti berdasarkan keadaan sebenar di tapak dan keputusan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang pantas serta berkesan.
Dalam lawatan tersebut, penekanan diberikan kepada keperluan semua pihak memperkukuh sense of urgency, ownership dan accountability, khususnya dalam menangani isu yang berpotensi menjejaskan jadual pelaksanaan projek.
Agensi pelaksana iaitu JKR Sarawak, perunding dan kontraktor perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan fokus yang sama untuk menyelesaikan isu, mempercepatkan kemajuan dan memastikan setiap komitmen diikuti dengan tindakan susulan sehingga selesai.
KKR kekal komited memastikan pembangunan infrastruktur di Sarawak dilaksanakan dengan kualiti terbaik, menepati tempoh serta memberikan impak nyata kepada rakyat. Setiap projek yang dilaksanakan bukan sekadar membina infrastruktur fizikal, tetapi memperkukuh ketersambungan, membuka akses kepada peluang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
- Log in to post comments