KERJA-KERJA NAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK MELALUI PEMASANGAN SISTEM SOLAR HIBRID DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARAU SELANGAU SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Sebutharga
Date of Advertisement
Procurement Title

KERJA-KERJA NAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK MELALUI PEMASANGAN SISTEM SOLAR HIBRID DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARAU SELANGAU SARAWAK

NO. SEBUT HARGA: JKR (L) IP 29/2026

Calling Office

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

CIDB Grade
G4/G5/G6/G7
Category

ME

Specialization

E04, E11 dan E32 

 

On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM0.00
Site visit

TIADA LAWATAN TAPAK 

TAKLIMAT SEBUT HARGA DIWAJIBKAN

1.Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G4/G5/G6/G7 Kategori ME Pengkhususan E04, E11 dan E32 yang berdaftar di Negeri Sarawak sahaja Atau yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) yang masih sah dalam Kelas I,II,III Kepala VIIA dan Sub-kepala 1&2.

2.Kontraktor yang mempunyai Pengalaman dan Kakitangan Kompeten dalam bidang Teknologi Solar Photovoltaic (PV) adalah diutamakan.

3.Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga tersebut. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 10 September 2026 (Khamis), jam 10.00 pagi yang akan diadakan secara atas talian di pautan: https://meet.google.com/vum-cnsu-fqc

4.Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / passport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.

5.Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga sahaja. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah pada 10 – 11 September 2026.

6.Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos berdaftar atau kurier atau serahan tangan di alamat : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAH HARI, 24 September 2026 (Khamis).

7.Sebarang pertanyaan sila email ke ikhwandaing@jkr.gov.my

Closing date